Bumiputra di Sabah

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai Bumiputera atau Pribumi, terdiri daripada sekurang-kurangnya 35 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah Borneo.
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan keempat yang terbesar selepas kaum Kadazandusun, Bajausama dan Murut.Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-peribumi Sabah yang boleh menikmati faedah Bumiputera. Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati faedah Bumiputera Malaysia, walaupun bukan berasal dari kalangan Peribumi Sabah. Orang yang bukan rakyat asal Malaysia tidak termasuk dalam kumpulan ini.Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Tombonuo, Sungai, Sama dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).